Wednesday, 20 May 2015

Hari nie punye cerita...BERKENALAN DENGAN NAFSU..

SELAMAT PAGI SEMUA....

Hari ini dalam keadaan batuk2..pehh...sakit dada dibuatnya..hidup kene diteruskan..pagi nie duduk termenung memikirkan nak buat entry ape plak kali nie..gara-gara pi kursus pembangunan blog..dah terjebak plak dalam penghasilan blog sendiri kononnya..tetapi cuba digagahkan gak..teringin buat entry yang boleh dikongsi bersama..nak kate bijak idak la...tetapi teringin jadi bijak..kamon la idea plzz coming coming....errmm..errmm...

NAFSU

Nafsu itu adalah keinginan manusia yang tersirat dalam akal fikirannya. Nafsu ada yang baik, iaitu nafsu yang tidak bertentangan dengan hati nurani serta perintah-perintah dan larangan-larangan yang Allah tetapkan. Namun ada pula nafsu yang buruk, iaitu nafsu yang hanya untuk memenuhi keinginan fikirannya saja, tanpa melibatkan hati nurani dan ketetapan Allah. Berikut ini adalah jenis-jenis nafsu menurut Islam.

Nafsu yang buruk :

                                                     Nafsu Amarah
  • adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.
  • mereka adalah dari golongan yang bermaksiat di mata dan di hatinya.
  • mereka adalah golongan ahli neraka.
Nafsu Lawamah
  • adalah nafsu yang menyadari apabila melakukan suatu kemungkaran.
  • golongan ini beramal tetapi masih ada riya, hasut, dengki dan sebagainya.
  • nafsu mereka tetap dilakukan walau mereka tahu itu salah.
  • mereka adalah golongan ahli neraka.
Nafsu Marhamah
  • adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat buruk.
  • walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.
  • mereka adalah golongan ahli neraka.

Kemudian nafsu-nafsu yang baik adalah :

Nafsu Mutmainah
  • adalah nafsu yang lemah lembut.
  • mereka mendapat ketenangan dan menghilangkan gelisah di jiwa.
  • mereka adalah orang yang soleh.
  • golongan ini adalah dijamin syurga.
Nafsu Raudiah
  • nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk mencintai Allah sepenuhnya..
  • mereka bergaul dengan orang banyak tetapi hatinya semata-mata hanya kepada Allah.
  • mereka juga disebut sebagai Wali Allah.
Nafsu Kamaliah
  • adalah nafsu yang sempurna, nafsu yang hanya dimiliki oleh para Nabi dan Rasul.
                                                     Nafsu Mardiah

  • adalah nafsu yang terbaik dan yang paling dicintai Allah. Nafsu ini adalah nafsu yang paling diredhai Allah. Keredhaan tersebut terlihat pada anugerah yang diberikan-Nya berupa sentiasa berzikir, ikhlas, mempunyai karomah, dan memperoleh kemuliaan, sementara kemuliaan yang diberikan Allah SWT itu bersifat universal, ertinya jika Allah memuliakannya, siapa pun tidak akan mampu menghinakannya, demikian pula sebaliknya orang yang dihinakan oleh Allah SWT, siapa pun tidak mampu memuliakannya.

3 comments: