Wednesday, 20 May 2015

Hari nie punye cerita...BERKENALAN DENGAN NAFSU..

SELAMAT PAGI SEMUA....

Hari ini dalam keadaan batuk2..pehh...sakit dada dibuatnya..hidup kene diteruskan..pagi nie duduk termenung memikirkan nak buat entry ape plak kali nie..gara-gara pi kursus pembangunan blog..dah terjebak plak dalam penghasilan blog sendiri kononnya..tetapi cuba digagahkan gak..teringin buat entry yang boleh dikongsi bersama..nak kate bijak idak la...tetapi teringin jadi bijak..kamon la idea plzz coming coming....errmm..errmm...

NAFSU

Nafsu itu adalah keinginan manusia yang tersirat dalam akal fikirannya. Nafsu ada yang baik, iaitu nafsu yang tidak bertentangan dengan hati nurani serta perintah-perintah dan larangan-larangan yang Allah tetapkan. Namun ada pula nafsu yang buruk, iaitu nafsu yang hanya untuk memenuhi keinginan fikirannya saja, tanpa melibatkan hati nurani dan ketetapan Allah. Berikut ini adalah jenis-jenis nafsu menurut Islam.

Nafsu yang buruk :

                                                     Nafsu Amarah
  • adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.
  • mereka adalah dari golongan yang bermaksiat di mata dan di hatinya.
  • mereka adalah golongan ahli neraka.
Nafsu Lawamah
  • adalah nafsu yang menyadari apabila melakukan suatu kemungkaran.
  • golongan ini beramal tetapi masih ada riya, hasut, dengki dan sebagainya.
  • nafsu mereka tetap dilakukan walau mereka tahu itu salah.
  • mereka adalah golongan ahli neraka.
Nafsu Marhamah
  • adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat buruk.
  • walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.
  • mereka adalah golongan ahli neraka.

AKAL punya cerita....

                                                                     Ihsan dari google
Manusia adalah makhluk Allah SWT yang diciptakan dengan sebaik-baiknya bentuk. Allah telah berfirman dalam surah At-Tin ayat yang ke-4; 

 لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ 
  "Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."



Ibnu Khatir telah menjelaskan ayat ini berkata" Allah SWT telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik bentuk kejadian, ketinggian dan keindahannya. Seluruh anggota tubuh manusia sebagai satu kesatuan jasad dari kepala hingga hujung kaki dan setiap pancaindera yang diciptakan oleh-Nya mempunyai tugas atau fungsi yang tersendiri tetapi, satu-satunya ciptaan terpenting dalam kesempurnaan ciptaan manusia adalah, memiliki akal.

Tuesday, 19 May 2015

welcome to my page....hihihi

Assalamualaikum semua......

ehemmm...ehemmm...

Selamat datang ke page blog arapunyecerita ya..Semoga diberi kekuatan dan istiqamah untuk sentiasa berkongsi maklumat diruangan ini..#kipidap